Hasil kajain ini mendapati mereka yang menggunakan kaedah E-Learning dalam P&P mendapat keputusan yang cemerlang dan menguntungkan pelajar itu sendiri khusunya dari segi penjimatan masa. Sebagai contoh hasil dari kajian kepada seramai 405 orang pelajar yang hadir kuliah sepenuh masa selama setahun mereka tidak lagi mendapat apa-apa sijil atau diploma. Jika dibandingkan apabila pelajar menggunakan E-Learning dalam tempoh yang sama pelajar tersebut berjaya memperolehi 2 diploma dalam masa setahun.Sehubungan itu kita cuba menghuraikan E-Learning dalam 4 aspek iaitu guru, pelajar, institusi pengajian yang memperkenalkan E-Learning dan sistem itu sendiri. Sebelum E-Learning di perkenalkan kepada pelajar seharusnya guru membuat perubahan dalam P&P supaya ianya bersesuaian dengan teknologi yang digunakan. Antara perkara yang guru perlu faham ialah tempoh latihan terbatas, P&P dalam bentuk video dan audio serta pelajar kurang jelas mesej yang disampaikan.
Sehubungan itu guru perlulah mengurangkan kekeliruan yang akan di hadapi oleh pelajar dengan membuat persediaan yang menyeluruh dari semua aspek bahan P&P. Guru juga tidak perlu terlalu terikat dengan bahan P&P yang dibekalkan oleh institut tetapi perlu memberi kelainan agar dapat menjelaskan lagi mesej yang ingin disampaikan. Walaupun begitu guru hendaklah berpandukan modul yang disediakan agar tidak lari dari objektif sebenar kerana institut sememangnya telah membuat kajian menyeluruh tentang modul yang disediakan.
Kesan daripada E-Learning dalam proses P&P membolehkan pelajar memotivasikan diri mereka agar bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu maklumat tanpa bantuan orang lain. Pelajar juga dapat mengurus masa sendiri semasa proses pembelajaran dan ini membolehkan mereka merasai nikmat belajar tanpa kongkongan jadual waktu yang ditetapkan.Sunggupun begitu ada dikalangan pelajar menganggap bahawa E-Learning dalam proses P&P tidak banyak bezanya dengan sistem bilik darjah. Namun jika diperhatikan dalam dunia terbuka ini penggunaan IT khusunya internet dalam mendapatkan maklumat dikalangan pelajar begitu luas sekali. Ini menggambarkan bahawa E-Learning ini ada baiknya kepada pelajar. Selain itu maklumat yang diperolehi melalui E-Learning dapat digabungkan dalam proses P&P dalam bilik darjah untuk memudahkan kefahaman dalam sesuatu isu yang di bincangkan. Tidak dinafikan walaupun begitu banyak faedah yang dapat diperolehi oleh pelajar dengan menggunakan E-Learning tapi harus kita ingat bahawa terdapat beberapa kesan buruk yang akan menimpa pelajar. Sebagai contoh sosial atau pergaulan mereka dengan rakan-rakan tidak berlaku dan boleh menyebabkan pelajar yang terlibat sukar untuk bermasyarakat. Selain itu belajar perlu mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah kerana inetraksi mereka dengan guru tidak menentu.
Dalam proses mengembangkan E-Learning kepada pelajar institusi pengajian perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan prasana P&P sebagai contoh teknologi yang akan digunakan serta modul yang ingin di gubal. Ini kerana maklumat atau teknologi yang digunakan perlulah yang terkini agar ianya dapat memenuhi permintaan semasa. Penyediaan teknologi terkini kepada pelajar membolehkan pelajar dan guru senantiasa mendapat maklumat dan kemahiran baru yang membolehkan kedua-dua pihak berminat untuk berkongsi idea dan maklumat yang mereka temui. Selain itu juga institut dapat mendedahkan atau mengadakan kerjasama dengan universiti luar negara yang membolehkan pelajar berhubung terus dengan siapa sahaja dalam masa yang sigkat tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Namun begitu yang pastinya institut tidak perlu menyediakan banyak bangunan bagi menampung jumlah pelajar dan kakitangan yang ramai apabila menggunakan E-Learning. Sememangnya banyak kelebihan yang diperolehi oleh institut sekiranya menyediakan E-Learning dalam P&P.
Kesimpulannya, penggunaan E-Learning dalam P&P mempunyai kebaikan dan keburukan tersediri. Namun suka atau tidak sudah pasti proses ini akan diserap sedikit demi sedikit dalam P&P dalam kita menghadapi dunia yang makin maju. Guru, pelajar dan masysarakt hendaklah bersedia menghadapinya di masa akan datang.
Reviewed by : Ahmad Kamal b Hj Sabaruddin
> Reference : Emmanuel Houze’, Hind Benbya, Nassim Belbaly, PERFORMANCE FACTORS OF A "FULL DISTANCE LEARNING": THE CASE OF UNDERGRADUATE STUDENTS IN ACADEMIC EXCHANGE http://web.ebscohost.com/ehost/detail?vid=6&hid=117&sid=183970d5-5ad3-4e4f-b756-3c916b07e0c0%40sessionmgr108&bdata=JnNpdGU9ZWhvc3QtbGl2ZQ%3d%3d#db=buh&AN=22451627