Artikel ini membincangkan pertumbuhan yang pesat terhadap perubahan bahan pengajaran terbaru yang lebih bersifat terbuka, ceria dan paparan visual yang menarik iaitu komik. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Milton Griepp, Ketua Pegawai Eksekutif ICv2.com dan pengurus jualan Diamond Comic, John Shableski, penulis mendapati penjualan novel grafik kepada perpustakaan dan sekolah meningkat dari $ 1 million pada tahun 2001 kepada lebih $30 million pada tahun 2007 dan ini menunjukkan peningkatan dalam penggunaan komik dalam pengajaran di sekolah. Menurut Peter Gutierrez, seorang pendidik dan juga pakar komik menjelaskan bahawa dengan peningkatan dalam penjualan komik ini menunjukkan bahawa berlakunya peningkatan dalam pertumbuhan dalam minat terhadap komik dikalangan pelajar dan juga guru berikutan penerapan penggunaan komik di dalam pembelajaran.
Selain itu,menurut jurucakap NCTE (National Council of Teachers of English) yang merupakan persidangan yang terbesar yang dihadiri oleh 8,000 sehingga 9,000 guru Bahasa Inggeris menyatakan secara ringkasnya terdapat kebanyakan program yang dianjurkan melibatkan novel grafik atau komik. Menurut NCTE peningkatan prestasi ini menunjukkan perkembangan yang memberansangkan dalam industri pendidikan.
Dalam menghadapi cabaran persaingan pasaran masa kini penggunaan komik mendapat persaingan hebat berbanding dengan penggunaan buku rujukan tradisional. Oleh itu,penulis mendapati penerbit komik menghadapi masalah dalam memasarkan komik hasil keluaran mereka tersebut memandangkan buku rujukan tradisional telah sekian lama berada di dalam pasaran. Maka dengan ini amat sukar pengagihan buku komik ke dalam pasaran khususnya untuk tujuan pendidikan. Keadaan ini telah mewujudnya persaingan dikalangan pengeluar komik dan juga buku rujukan tradisional. Penulis mendapati salah satu cara bagaimana penerbit komik menghubungkan komik ke dalam pasaran pendidikan adalah menggunakan guru-guru sebagai pengantara utama sebagai saluran penyampaian ke dalam industri pendidikan.
Di dalam penulisan mengenai penilaiaan kefahaman visual, kebanyakan guru yang ingin menggunakan komik dalam kelas k-12 sebagai medium pengajaran menyatakan bahawa mereka memerlukan banyak informasi dan maklumat di dalam menilai komik sebagai bahan pengajaran, kerana maklumat berkaitan dengan panduan pengajaran menjadi lebih kompleks, sebagai contoh skala Lexile- mekanisma yang jarang di sediakan oleh kebanyakan penerbit komik.
Salah satu langkah yang diambil oleh seorang penerbit komik Toon Books iaitu Francoise Mouly dengan menguji keberkesanan kefahaman dengan menggunakan skala Lexile. Tujuan utama Toon Books adalah menyediakan komik untuk kanak-kanak yang ingin mempelajari bacaan yang mudah. Penulis mendapati sebagai penerbit, mereka perlu menyesuaikan pemilihan umur dengan tahap penggunaan bahasa yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak tersebut. Sebagai langkah bagi mencapai matlamat tersebut pihak penerbitan Toon Books telah turun padang bersama-sama dengan pendidik bagi mengenalpasti bagaimana kanak-kanak yang dijadikan sebagai sampel membaca komik tersebut.
Menurut Peter Coogan, Pengarah Institut Pengajian Komik, penulis mendapati komponen visual adalah faktor kritikal dalam memartabatkan dunia pendidikan yang berteraskan imej atau gambar. Menurut beliau juga komik juga dapat mempertingkatkan pemahaman visual didalam sesuatu pembelajaran. Hasil dari beberapa kajian mendapati kebanyakan kanak-kanak dapat memahami teks melalui visual atau imej yang bersesuaian.
Di dalam kajian, penulis mengambil contoh pada lima tahun yang ke belakang, Jabatan Pendidikan Maryland telah mengambil langkah yang bijak dengan kerjasama Diamond Comics dengan melancarkan program percubaan ke atas beberapa buah sekolah dikawasan berkenaan dengan memperkenalkan kepada pendidik tentang pelan pengajaran guru(teacher lesson plans) yang berdasarkan penggunaan komik dalam pengajaran yang diadaptasi berdasarkan Disney. Pengajaran tersebut diintegrasikan bersama kurikulum yang sesuai dengan adanya penglibatan input oleh pendidik dan juga pengetua sekolah.
Sehingga musim panas 2008, penulis menyatakan program ini menampakkan kejayaan dimana dari hanya 8 sekolah yang menggunapakai kaedah ini telah meningkat sehingga 160 buah sekolah dengan kesan positif yang sama. Usaha yang dijalankan oleh Jabatan Pendidkan Maryland ini merupakan ‘role model’ bagi kawasan-kawasan lain.
Selain penerapan penggunaan komik dalam pengajaran bagi kelas k-12, novel grafik dan komik juga digunakan dalam pengajaran di universiti dengan meluasnya. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dijalankan didapati masih terdapat banyak kekangan dalam perlaksanaan penerapan penggunaan komik di peringkat pengajian tinggi memandangkan ianya memerlukan pencapaian standard profesional bagi sesetengah bidang pengajian.
Penulis menyatakan Coogan menyarankan supaya penerbit-penerbit komik dapat merebut peluang jualan dengan menggunakan pensyarah atau profesor sebagai saluran sebagai mana yang telah dilaksanakan oleh Toon Books dalam penyaluran komik ke dalam industi pendidikan. Di akhir artikel tersebut, penulis menjelaskan bahawa berdasarkan penilaian yang dibuat keatas kesan motivasi ke atas kumpulan fokus iaitu meliputi guru, pelajar dan ibubapa menunjukkan kesan positif keatas penggunaan komik dalam pengajaran dan kelas.
ulasan artikel oleh :
Ahmad Kamal b Hj Sabaruddin
rujukan :
Hudsons, Laura. (December 22, 2008). Comics in the classroom. Publisher Weekly Journal diakses pada April 12, 2008 dari www.publishersweekly.com
Wednesday, August 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment