Friday, March 5, 2010

Flip This Library: School Libraries Need a Revolution

Microsoft dan Google merupakan satu model perniagaan yang sangat berbeza. Microsoft percaya sekiranya mereka membina perisisan maka, terdapat pengguna yang akan datang dan membeli produk tersebut. Bagi Google pula, ia menggunakan pendekatan yang berbeza, iaitu pengguna akan menyatukan kehidupan mereka dengan produk mereka iaitu sumber teknologi maklumat berkaitan dengan internet. Pengguna menggunakan produk Microsoft tetapi terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Microsoft itu sendiri. Bagi google pula, pengguna akan mengunakan produknya dengan cara dan peratuaran mereka sendiri.

Dalam artikel ini, ia membincangkan mengapa pusat sumber sekolah memerlukan perubahan secara revolusi. Ia juga mahukan sebahagian dari generasi yang menggunakan kemudahan berteknologi secara menyeluruh seperti e-books, portal, internet dan sebagainya. Sekiranya pusat sumber itu mahu mempunyai hubungan dengan generasi baru pembelajaran dan pengajaran, mereka harus merekabentuk atau mengubahsuai dari perkara yang baik kepada yang lebih baik untuk penggunanya. Di sini, ia menerangkan tentang pembangunan idea mengenai “pusat sumber sekolah sebagai tempat pengetahuan dan pembelajaran untuk kegunaan awam” yang mana ia terdiri daripada kedua-dua ruang iaitu dari segi fizikal dan ruang maya kepada semua kakitangan guru pusat sumber dan semua sekolah yang khusus. Ruang fizikal disini bermaksud sifat luaran seperti bangunan pusat sumber, rak-rak buku, pustakawan dan sebagainya. Bagi ruang maya pula ia meliputi portal,e-books, buku teks digital, penggunaan internet dan sebagainya.

Objektif utama yang membuka pusat sumber di tempat atau kawasan untuk kegunaan awam adalah untuk mempersembahkan pengajaran dan pembelajaran sekolah yang baik dan proses latihan belajar dengan melibatkan penggunaan sistem teknologi . Sebagai contoh, penekanan utama dengan kolaborasi pengajaran dilakukan antara guru pusat sumber, teknologi pengajaran dan sosial pembelajaran. Ia juga termasuk dalam pusat ujikaji pelajaran atau pegetahuan, yang mana juga terdapat kerja dalam ruang fizikal dan maya. Tujuan pusat ujikaji pelajaran adalah untuk memperbaharui atau meningkatkan pengajaran dan pelajaran oleh golongan pembangunan professional dan sumber ujikaji diperlukan oleh setiap sekolah yang terbaik.

Kelebihan menjadikan pusat sumber sebagai tempat pembelajaran dan pengajaran untuk kegunaan awam, ia tidak terlibat dengan ruangan politik, pengguna tidak perlu ke beberapa tempat lain dan hanya perlu tempat sahaja untuk mencari maklumat, ia juga boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja dan menjadi sumber rujukan terbaik dan teknologi di mana ia, boleh menjana idea untuk bekerjasama.
Pandangan secara 180 darjah, adalah pandangan mengenai pusat sumber pada sebelah hadapannya seperti kita mahukan pusat sumber beroperasi setiap waktu dari 24/7,365 hari setiap tahun. Namun, sekarang hanya beroperasi hanya waktu sekolah sahaja. Selain itu juga, melalui cara tradisional, kita hanya dapat meminjam buku sebanyak 2 atau 3 buah sahaja, ini membataskan penggunaan kita, jadi dengan revolusi pusat sumber kita boleh menggunakan buku-buku tersebut tanya hadnya dengan cara memindah data secara digital (download digital) atau buku-buku audio ( audiobooks) secara bebas dan di mana sahaja mereka kehendaki.

Pelajar sekarang masih lagi membawa dan membaca buku teks serta mengambil nota-nota di dalam kelas. Namum, sekiranya, persekitaran pembelajaran itu menggunakan dunia maklumat multimedia, pelajar hanya perlu sebuah komputer riba untuk menggunakan buku teks digital dan sebagainya yang boleh beroperasi selama 24/7 dan pengguna boleh mengawal penggunaanya.

Penggunaan ruang juga amat penting dalam revolusi pusat sumber tersebut, dari pandangan secara 180 darjah, kita mempunyai ruang yang agak sempit dan terhad kerana penggunaan tempat seperti rak-rak buku, komputer meja yang besar dan kelihatan wayar-wayar yang menyemakan keadaan, buku-buku yang tidak tersusuh rapi, majalah-majalah yang lama tanpa ditukarganti dengan yang baru dan sebagainya. Namum sebaliknya, jika pusat sumber mengalami perubahan ia boleh menggunakan komputer riba dengan rangkaian internetnya, system pengiliran penggunan buku dikalangan pelajar-pelajar itu sendiri serta menggunakan bahan bacaan digital. Maka, pusat sumber lebih kelihatan kemas dan teratur. Akhirnya, diharap pusat sumber sekolah menjadi tempat pengetahuan dan pembelajaran untuk kegunaan awam bermula hari ini, dan bukan nya hari esok. Ini, kerana kita memerluakan perubahan secara cepat untuk memastikan pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancer dan lebih baik dari masa ke semasa. Ianya juga menjadi penghubung diantara tempat pembelajaran dan pengajaran kepada kita semua dalam membentuk rangkaian pembelajaran

sumber :

Loertscher, David (2008), Flip This Library: School Libraries Need a Revolution,

http://www.schoollibraryjournal.com/toc-archive/2008/20081101.html

No comments:

Post a Comment