Jurnal ini menerangkan tentang pendidikan di Amerika Syarikat yang menggunakan blog secara meluas dalam pembelajaran dan terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan perisian membuat blog , menilai secara am penggunaan blog dan contoh-contoh pendidikan di Amerika Syarikat. Di samping itu, ianya bertujuan untuk memberi motivasi kepada pendidik mengenai blog dalam pembelajaran dan penyelidikan di samping memperkenalkan blog sebagai alat yang berpotensi dalam bidang pendidikan.
Menurut Merriam – Webster (2004), perkataan blog adalah kata pendek untuk perkataan “web” dan “log” (Web Log). Blog juga boleh dikatakan sebagai buku diari dalam talian di mana kebiasaannya terdapat blog berbentuk blog teks, gambar foto (blog foto), video (vlog), dan muzik (MP3). Blog juga mendekatkan manusia dalam perkongsian pengetahuan dan boleh menarik minat ramai pembaca. Ini kerana kalau dilihat pada era kini para pelajar perlukan sesuatu yang boleh menarik minat mereka terhadap sesuatu yang baru.
Menurut Ray (2006) pula, perkaitan antara blog dengan institusi pendidikan ialah blog dalam pendidikan atau Edublogs boleh digunakan untuk berhubung, sebagai sumber pengarahan, alat usaha sama dan pertunjukan untuk projek pelajar. Antara kelebihan menggunakan Edublogs ialah persediaannya cepat,dan komunikasi yang berkesan. Umpamanya bagi ibu bapa yang berkerjaya penggunaan Edublogs agak praktikal di mana guru boleh meletakkan pengumuman khas untuk ibubapa atau menyediakan peringatan jadual untuk pelajar. Ini juga memudahkan ibubapa untuk mengetahui perkembangann atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak mereka. Ia memudahkan golongan ibubapa untuk mengakses berbagai informasi berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka.
Selain itu, penggunaan blog memberi ruang kepada pelajar untuk melahirkan idea-idea mereka dan menerima maklumbalas dari yang lain dengan menggunakan ruangan dan komen-komen dalam blog yang boleh dikemaskini secara mudah dan cepat. Ellison dan Wu (2008) berpendapat penulisan melalui blog berpotensi menaiktaraf kemahiran berfikir secara kritik dan analitik dengan menyatakan pendirian masing-masing terhadap sesuatu topik.
Contoh penggunaan blog di Amerika Syarikat pengajar tidak sahaja menggunakan teknologi dalam pendidikan malah juga memerlukan pelajar untuk membuat atau mencipta projek melalui teknologi. Antara contoh blog yang digunakan dalam pendidikan di Amerika Syarikat ialah penggunaan blog untuk kajian penyelidikan. Terdapat sebilangan blog untuk kajian penyelidikan di dalam pendidikan tinggi Amerika Syarikat. Contoh dua blog yang dicipta oleh dua orang profesor ialah Trey’s E-Learning di http://teachable.org./blog dicipta oleh Trey Martindale iaitu seorang profesor rekabentuk dan teknologi di Universiti Memphis. Blog ini berkaitan dengan berita, penemuan kajian, alat-alat dan beberapa perkara menarik berkenaan pengajaran dan pembelajaran. Satu lagi blog yang dihasilkan oleh David Wiley yang merupakan seorang profesor Teknologi dan Pengarah Point untuk Open and Sustainable Learning di University Bringham. Beliau telah menyatakan kebolehan peluang pendidikan untuk semua orang di seluruh dunia. Semua golongan boleh mengakses blog yang dihasilkan dan boleh mengutarakan pendapat masing-masing. Penggunaan blog di Amerika Syarikat yang seterusnya adalah berkaitan dengan penggunaan blog untuk arahan yang mana pelajar diminta untuk mencipta blog mereka sendiri untuk mewujudkan komuniti pembelajaran tentang sesuatu kajian. Contohnya membuat pertunjukan slaid, video klip dan sebagainya.
Hasil daripada kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat didapati bahawa penggunaan blog atau EduBlogs dalam sistem pendidikan mendapat reaksi positif di kalangan masyarakat di sana berikutan keberkesanannya sebagai strategi pengajaran. Kajian ini didapati mempunyai kelebihan menggunakan blog dalam kursus pendidikan pelbagaian budaya termasuklah menggalakkan pelajar berfikiran kritis tentang isu-isu penting, hubungan teoritikal dan teks, dan menggunakan dialog antara satu sama lain. Penggunaan blog dalam pendidikan bukanlah satu-satunya kaedah yang terbaik untuk menyampaikan pembelajaran kepada pelajar. Namun ia lebih merupakan satu alternative serta menambahkan lagi kepelbagaian dalam p&p.
Dalam mendidik para pelajar untuk menjadi mahir dalam matapelajaran, maka penggunaan blog ada keberkesannya. Walaupun konsep ini masih baru dalam pendidikan namun jika digunakan secara maksima ia dapat membantu para pendidik dalam mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya dalam soal mendapatkan maklumat-maklumat dengan cepat, meyimpannya, membentangkannya, dan menyebarkannya dengan cepat. Ini dapat dilihat sekiranya pembelajaran masih secara tradisi yang hanya ditulis di papan putih, segala maklumat yang disampaikan tidak kekal. Dengan penggunaan blog segala ilmu yang disampaikan boleh disimpan dan dirujuk semula oleh pelajar. Misalnya untuk pengajian bahasa, sejarah, matematik, sains, agama dan lain-lain bersertakan dengan alat-alat audio dan visual. Sudah tentu teknologi ini kita mesti manfaatkan dalam pendidikan. Tidak dinafikan terdapat faktor negatif dalam penggunaan blog ini. Para pelajar banyak terdedah terhadap maklumat-maklumat yang tidak sahih dan berkualiti. Di sini, guru, ibubapa dan masyarakat haruslah memainkan peranan masing-masing bagi menimbulkan kesedaran di kalangan para pelajar agar menggunakan kemudahan ICT ini dengan sebaik mungkin tanpa memudaratkan diri.
Ulasan artikel oleh :
Ahmad Kamal b. Hj. Sabaruddin
Rujukan :
Wang Hong. ( October, 2008). Exploring educational use of blogs in U.S. Education. Center for Teaching Excellence & Learning Technologies, For Hays State University. vol5(10)47
Tuesday, September 15, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)